Harga Dana Harian: 30/01/2026

Kategori Risiko Horizon NAV Setiap Unit (RM) Nilai Aset Bersih Perubahan
Pendapatan Low Short 1.0000 0.0000 0.0000%

Penafian

Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Memorandum Maklumat/ Memorandum Maklumat Tambahan yang berkaitan (jika ada), yang semuanya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab ke atas kandungannya. Pelabur harus bergantung pada penilaian mereka sendiri untuk menilai kebaikan dan risiko pelaburan tersebut. Jika pelabur tidak dapat membuat penilaian sendiri, mereka dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat profesional. Anda boleh menghubungi Unit Khidmat Pelanggan kami di 03-4145 3900 untuk bantuan lanjut.
 

Langkah Berjaga-jaga

Anda tidak seharusnya membuat bayaran secara tunai kepada perunding unit amanah atau mengeluarkan cek atas nama perunding unit amanah.

Polisi Pengagihan

Setiap bulan.

Objektif

Dana ini bertujuan untuk memberikan pelabur aliran pendapatan yang konsisten dengan melabur terutamanya dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap patuh Shariah jangka pendek.

Tahun Kewangan

28 February

Perumpukan Aset

Dana ini akan melaburkan sekurang-kurangnya 30% daripada NAB dalam sukuk dan instrumen pasaran wang Islam serta maksimum 70% daripada NAB dalam deposit Islam. Portfolio ini akan merangkumi portfolio terpelbagai sukuk berdenominasi MYR dengan penarafan minimum A3 atau P2 oleh RAM Rating Services Berhad (“RAM”) atau penarafan setara oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (“MARC”) dan instrumen pasaran wang Islam, di mana semua instrumen pelaburan mestilah boleh diterima serta diluluskan di bawah SAC.

Dana ini juga akan melaburkan maksimum 30% daripada NAB dalam CIS patuh Shariah bagi mengoptimumkan pulangan apabila Pengurus menganggap perlu. Dana ini akan diurus secara aktif bagi menyediakan kecairan melalui deposit Islam atau instrumen pasaran wang Islam untuk memenuhi keperluan aliran tunai jangka pendek. Purata tempoh portfolio tidak akan melebihi dua (2) tahun.

Risiko Utama

• Risiko kadar faedah
• Risiko kredit/keingkaran
• Risiko ketidakpatuhan Shariah
• Risiko pengagihan daripada modal
• Risiko pembatalan unit
• Risiko penggantungan penebusan
 

Pemegang Amanah

AmanahRaya Trustees Berhad

Profile Pelabur

Dana ini sesuai untuk Pelabur Sofistikated yang mencari:
• untuk mencapai pulangan yang lebih tinggi daripada Kadar Deposit Tetap Islam 1-Bulan.
• jangka masa pelaburan yang pendek.
• kecairan sambil mengekalkan modal.
• untuk menjana aliran pendapatan yang tetap.
 

Menu