Pelabur Sofistikated
Pelabur Bertauliah
- Skim unit amanah, skim persaraan swasta atau skim pelaburan yang ditetapkan.
- Bank Negara.
- Seseorang berlesen atau seseorang berdaftar.
- Sebuah syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, rumah penjelasan yang diluluskan, depositori pusat atau pengendali pasaran yang diiktiraf.
- Sebuah perbadanan yang dilesenkan, didaftarkan atau diluluskan untuk menjalankan apa-apa aktiviti terkawal atau perkhidmatan pasaran modal oleh pihak berkuasa di Labuan atau luar Malaysia yang menjalankan fungsi sepadan dengan fungsi Suruhanjaya Sekuriti (SC).
- Pelesen bank atau pelesen insurans seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan dan Sekuriti Kewangan Labuan 2010 [Akta 704].
- Pelesen bank Islam atau pelesen takaful seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam Labuan 2010 [Akta 705].
- Ketua pegawai eksekutif atau pengarah kepada mana-mana pihak yang dirujuk dalam subperenggan (iii), (iv), (v), (vi) dan (vii) di atas.
- Dana tertutup (closed-end fund) yang diluluskan oleh SC.
High-Net Worth Entity (HNWE)
- Sebuah syarikat yang didaftarkan sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan mempunyai aset di bawah pengurusannya melebihi sepuluh juta ringgit atau setara dalam mata wang asing.
- Sebuah perbadanan yang—
- a) ialah sebuah syarikat awam di bawah Akta Syarikat 2016 yang diluluskan oleh SC untuk menjadi pemegang amanah di bawah CMSA dan mempunyai aset di bawah pengurusannya melebihi sepuluh juta ringgit atau setara dalam mata wang asing; atau
- b) menjalankan aktiviti terkawal pengurusan dana semata-mata untuk kepentingan syarikat berkaitannya dan mempunyai aset di bawah pengurusannya melebihi sepuluh juta ringgit atau setara dalam mata wang asing.
- Sebuah perbadanan dengan jumlah aset bersih melebihi sepuluh juta ringgit atau setara dalam mata wang asing berdasarkan akaun teraudit terakhir.
- Sebuah perkongsian dengan jumlah aset bersih melebihi sepuluh juta ringgit atau setara dalam mata wang asing.
- Sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang fungsinya atau mandatnya adalah pelaburan dalam produk pasaran modal.
- Sebuah dana pencen yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Individu Bernilai Tinggi (HNWI)
Seorang individu—
- yang mempunyai jumlah aset peribadi bersih melebihi tiga juta ringgit atau setara dalam mata wang asing, dengan syarat nilai bersih kediaman utama individu tersebut tidak menyumbang lebih daripada satu juta ringgit daripada jumlah aset bersih tersebut;
- yang mempunyai jumlah aset bersama dengan—
- a) pasangan; atau
- b) anaknya,
melebihi tiga juta ringgit atau setara dalam mata wang asing, dengan syarat nilai bersih kediaman utama bersama pasangan atau anak tidak menyumbang lebih daripada satu juta ringgit daripada jumlah aset bersih tersebut;
- yang mempunyai pendapatan kasar tahunan melebihi tiga ratus ribu ringgit atau setara dalam mata wang asing dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya;
- yang secara bersama dengan pasangan atau anaknya mempunyai pendapatan kasar tahunan melebihi empat ratus ribu ringgit atau setara dalam mata wang asing dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya;
- yang mempunyai jumlah portfolio pelaburan peribadi bersih atau portfolio pelaburan bersama bersih dengan pasangan atau anaknya dalam mana-mana produk pasaran modal melebihi satu juta ringgit atau setara dalam mata wang asing;
- yang memiliki mana-mana kelayakan berikut serta mempunyai lima tahun berturut-turut pengalaman kerja yang relevan dalam kewangan, ekonomi, sains aktuari atau perakaunan—
- a) ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang berkaitan Kewangan, Ekonomi atau Sains Aktuari;
- b) ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang Perakaunan; atau
- c) ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA);
- yang memegang keahlian dalam persatuan seperti berikut:
- a) Ahli Aktif Institut Chartered Financial Analyst (CFA);
- b) Chartered Banker, Institut Bank Berkanun Asia (AICB);
- c) Ahli Biasa Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (FMAM);
- d) Akauntan Bertauliah, C.A(M) Institut Akauntan Malaysia (MIA);
- e) Ahli Biasa Persatuan Akauntan Cukai Malaysia (MATA);
- f) Pelabur Malaikat Bertauliah (Accredited Angel Investor) Rangkaian Pelabur Malaikat Perniagaan Malaysia (MBAN);
- g) Ahli Bertauliah Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM); atau
- h) Ahli Biasa Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC); atau
- yang mempunyai lima tahun berturut-turut pengalaman kerja dalam perantara pasaran modal yang berkaitan dengan pembangunan produk, kewangan korporat, nasihat urus niaga, pengurusan pelaburan, jualan dan dagangan, penyelidikan dan nasihat pelaburan, analisis kewangan, atau penyediaan latihan dalam produk pelaburan.