| Kategori | Risiko | Horizon | NAV Setiap Unit (RM) | Nilai Aset Bersih | Perubahan |
|---|---|---|---|---|---|
| Pendapatan | Low | Short, Medium | 1.0000 | 0.0000 | 0.0000% |
Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Memorandum Maklumat/Memorandum Maklumat Tambahan (jika ada) yang berkaitan, yang kesemuanya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungannya. Pelabur hendaklah bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai manfaat dan risiko pelaburan tersebut. Sekiranya pelabur tidak dapat membuat penilaian sendiri, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional. Anda boleh menghubungi Unit Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-4145 3900 untuk bantuan lanjut.
Anda tidak sepatutnya membuat pembayaran tunai kepada konsultan unit amanah atau mengeluarkan cek atas nama konsultan unit amanah.
Pengagihan Enam (6) bulan selepas permohonan langganan oleh Pemegang Unit diterima oleh Pengurus, Dana akan mengagihkan pendapatan kepada Pemegang Unit tersebut secara bulanan. Untuk mengelakkan keraguan, tempoh enam (6) bulan tersebut akan dikenakan bagi setiap langganan tambahan oleh Pemegang Unit.
Pendapatan, jika ada, dikira secara harian dan dibayar secara bulanan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Hari Perniagaan terakhir bagi setiap bulan atau pada penebusan penuh. Walau bagaimanapun, jumlah pendapatan yang tersedia untuk pengagihan mungkin berubah-ubah dari bulan ke bulan.
Dana boleh mengagihkan daripada pendapatan terealisasi, keuntungan terealisasi, pendapatan tidak terealisasi dan/atau keuntungan tidak terealisasi bagi membolehkan Dana mengagihkan pendapatan secara berkala selaras dengan dasar pengagihan Dana serta memenuhi objektif pelaburan Dana untuk menyediakan pengagihan pendapatan yang stabil kepada Pemegang Unit.
Pengagihan daripada modal Dana boleh menyebabkan pengurangan sebahagian daripada pelaburan asal Pemegang Unit dan juga boleh mengakibatkan pengurangan pulangan masa hadapan kepada Pemegang Unit. Apabila sebahagian besar daripada pelaburan asal dikembalikan kepada Pemegang Unit, terdapat risiko hakisan modal Dana dan boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan NAB Dana menurun. Semakin tinggi risiko hakisan modal yang wujud, semakin tinggi kemungkinan bahawa nilai pulangan masa hadapan turut akan berkurangan akibat daripada hakisan modal.
Dana ini bertujuan untuk menyediakan pengagihan pendapatan yang stabil kepada para pelabur dengan melabur dalam instrumen pendapatan tetap Islam dan/atau deposit Islam.
30 September
AmanahRaya Trustees Berhad
Dana ini sesuai untuk pelabur sofistikated yang: