| Kategori | Risiko | Horizon | NAV Setiap Unit (RM) | Nilai Aset Bersih | Perubahan |
|---|---|---|---|---|---|
| Pendapatan | Low | Short | 1.0000 | 0.0000 | 0.0000% |
28 February
Dana ini akan melaburkan sekurang-kurangnya 30% daripada NAB dalam sukuk dan instrumen pasaran wang Islam serta maksimum 70% daripada NAB dalam deposit Islam. Portfolio ini akan merangkumi portfolio terpelbagai sukuk berdenominasi MYR dengan penarafan minimum A3 atau P2 oleh RAM Rating Services Berhad (“RAM”) atau penarafan setara oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (“MARC”) dan instrumen pasaran wang Islam, di mana semua instrumen pelaburan mestilah boleh diterima serta diluluskan di bawah SAC.
Dana ini juga akan melaburkan maksimum 30% daripada NAB dalam CIS patuh Shariah bagi mengoptimumkan pulangan apabila Pengurus menganggap perlu. Dana ini akan diurus secara aktif bagi menyediakan kecairan melalui deposit Islam atau instrumen pasaran wang Islam untuk memenuhi keperluan aliran tunai jangka pendek. Purata tempoh portfolio tidak akan melebihi dua (2) tahun.